25 January 2012

Wordless Wednesday 2012 #2 : Inner Demon?

 

Rise of the Demon

 Wordless Wednesday adalah entri satu gambar, yang dibuat pada hari Rabu oleh blogger di serata dunia tanpa penerangan. Satu gambar! Bermacam pandangan!

RestNrilekS

18 January 2012

Wordless Wednesday 2012 #1 : Sudah Berbekalkah Kita?


Kubur Jalan Ampang
 Wordless Wednesday adalah entri satu gambar, yang dibuat pada hari Rabu oleh blogger di serata dunia tanpa penerangan. Satu gambar! Bermacam pandangan!
RestNrilekS

15 January 2012

Kenapa Saya Berbahasa Melayu?

Gunakan bahasa melayu
Ilustrasi di atas adalah hasil kreatif Kak Emila bagi artikel ini.

Assalammualaikum. 

Bukan niat saya untuk menegur sesiapa, sekadar menyuarakan pendapat. Isu bahasa melayu, satu isu lama, yang tenggelam timbul sepanjang masa. "Cintai bahasa kita", kempen yang telah saya dengar semenjak sekolah rendah lagi, boleh dipersoalkan sehingga kini akan keberkesanannya.

Secara jujur, saya tiada masalah dengan mereka yang percaya dengan kekuatan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu. Saya juga tiada masalah dengan mereka yang menaruh harapan untuk melihat semula kegemilangan bahasa melayu.

Tetapi,

Saya kurang selesa dengan mereka yang memperlekehkan bahasa melayu. Bertambah rimas bila mendapat emel pertanyaan yang tunggang langgang bahasa melayunya. Bertambah pening membaca ayat-ayat rojak bahasa inggeris dan bahasa melayu. Meluat pula melihat ejaan yang konon-kononya comel. Kecewa jadinya bila melihat menteri-menteri kita yang bercampur aduk bahasa melayu dan inggerisnya dalam memberikan pendapat. Aduhhh! Wahai menteri-menteri sekalian, anda itu sepatutnya menyokong kempen gunakan bahasa melayu. Kalau mahu gunakan bahasa inggeris, gunakanlah sepenuhnya. Jangan dicampur-adukkan. Makanan rojak itu memang sedap, tetapi bahasa rojak itu, sehebat mana pun pendapat, tetap tidak sedap. 

Penulisan dan gaya bahasa melayu saya, masih lemah. Itu saya akui. Tidak mengapa, saya akan bertatih perlahan-lahan. Saya mula berblogging menggunakan bahasa inggeris di RestNrilekS. Jika saya boleh jumpa gaya penulisan saya di dalam bahasa inggeris, saya percaya, saya akan jumpa juga gaya penulisan bahasa melayu kelak.

Saya suka dan bangga melihat ramai anak muda yang menggunakan bahasa melayu dengan betul.

Ada yang rasa, menggunakan bahasa melayu dengan betul tidak cool di dalam berblogging. Bahasa santai bersifat pasar itu lebih mudah dalam penyampaian bercerita. Saya setuju, itu kalau anda ingin menyampaikan maklumat. Tetapi, jika anda ingin menyampai ilmu dan menghormati adab ilmu, gunakanlah bahasa melayu dengan betul. Banyak ilmu yang saya timba daripada blog-blog yang menggunakan bahasa melayu dengan tertib.  Saya tidaklah harapkan gaya penulisan yang hebat, sekadar cukup bahasa yang betul ejaan, huruf besar, koma dan titik noktahnya. Mindef ditertawakan apabila silap terjemahan bahasa inggeris laman sesawangnya. Tapi, kita bersikap acuh tidak acuh bila kita sendiri yang merosakkan bahasa melayu.


Baiklah saya nekad. Kenapa saya mengambil alih blog ini (rampasan kuasa) dan berbahasa melayu?
  1. Jati diri saya. Jangan salah faham pula dengan sikap perkauman. Saya percaya, bangsa yang maju itu adalah bangsa yang berbangga dengan budaya dan bahasa mereka itu sendiri. Tidak kira samada anda Cina, India atau bangsa apa sekalipun, berbanggalah dengan budaya dan bahasa anda sendiri. Jika anda malu, bahasa dan budaya anda tidak akan berkembang. Tamadun bangsa anda tidak akan melonjak. Jika anda malu, anda memang ada masalah dengan indentiti jati diri anda. Langkah pertama kecil, betulkan bahasa anda bagi membina sahsiah budaya yang berkembang.   
  2. Kemahiran bahasa saya. Komunikasi itu ada tiga perkara yakni, mendengar, bertutur dan menulis. Komunikasi itu adalah satu bentuk kemahiran, dan sebagaimana apa jua kemahiran, untuk menguasainya, anda perlu selalu berlatih. Terlalu kerapa saya lihat muda-mudi bermasalah dalam menyampaikan perkara pokok. Saya faham, zaman sekarang zaman facebook, bahasanya ringkas, cepat dan padat, terus kepada apa yang hendak disampaikan. Malangnya, menulis dengan baik itu mula dianggap remeh dan membebankan. Akhirnya, apa yang disampaikan terbantut, tersekat-sekat dan tidak subur. Komen-komen di blog  juga saya lihat semakin pendek tanpa isi. Ramai juga yang lesu minda mereka bila diterjah dengan perbincangan yang panjang lebar. Kadang-kadang, saya terima pertanyaan tentang seni kraf rotan yang bercelaru bahasanya. Serba salah dibuatnya. Hendak menegur, takut terasa hati (walaupun sebenarnya saya terasa hati dengan sikap remeh mereka bertanya). Akhirnya saya diamkan sahaja. Jika ingin pendapat anda diterima dengan baik, belajarlah menulis dengan baik. Menulis dengan baik, melatih anda menyusun dan membina ayat. Amalan itu secara tidak langsung, akan membantu anda meluahkan pendapat. Semua orang boleh bersembang, tapi bukan semua orang mahir dalam menyampaikan.
  3. Membudayakan ilmu melayu. Lihat sekeliling. Berapa banyak ilmu yang boleh didapati di dalam bahasa melayu? Jauh tercicir kalau ambil kira bidang sains dan teknologi. Kita patut segan dengan usaha Indonesia yang banyak menterjemah ilmu ke dalam bahasa mereka. Sebagai orang islam, kita patut segan dengan orang barat yang menterjemahkan ilmu-ilmu islam, ke dalam bahasa mereka, dan akhirnya, membudayakan ilmu. Kita pula leka dengan cerita beratus tahun dahulu betapa hebatnya ilmu islam atau ilmu melayu tanpa membuat apa-apa. Saya sendiri sudah letih melihat buku-buku rekabentuk yang kebanyakannya di dalam bahasa inggeris di pasaran. Ramai orang melayu yang hebat, jadi tulislah ilmu-ilmu itu untuk disampaikan. Menulis bahasa melayu dengan betul, saya berharap suatu hari nanti, kita boleh berbangga dan berkata "ilmu kami berusia 100 tahun (atau lebih)". Kebanyakkan ilmu budaya kita pula semakin hilang ditelan zaman sebab bukan amalan kita untuk mencatit ilmu untuk tatapan generasi akan datang.
  4. Bahasa jiwa bangsa. Tiga perkataan yang biasa. Menulis bahasa melayu dengan betul itu menjadikan saya lebih berhati-hati. Saya akur, acapkali pertuturan saya itu terlalu lantang (hasil pembelajaran dan asimilasi saya dengan budaya Amerika -Freedom of Speech).  Jadi, bila menulis menggunakan bahasa melayu dengan betul, saya menjadi lebih sedar dan berhati-hati tentang ayat-ayat yang digunakan. Emosi bukan menjadi utama, apa yang ingin disampaikan itu yang penting, dalam masa yang sama, memuliakan orang yang dituju. Pastinya lidah terjaga. Lama-kelamaan, pertuturan juga turut berubah. Betul lah kata pepatah, "Bahasa Jiwa Bangsa." Itulah sebabnya, orang-orang bijak pandai lama, tutur bahasa mereka lembut, tetapi tetap terkesan di hati, walaupun ada kalanya hanya berkias. 
Cukup lah empat perkara ini dulu. Mari bersama-sama berusaha menaikkan kegemilangan bahasa melayu. Mungkin nampak remeh, tapi remeh-temeh tidak baik ini, kalau dihimpunkan, teruk juga. Sikit- sikit lama-lama jadi bukit baik. Bukan mustahil kalau satu hari nanti, bahasa melayu termasuk di dalam kategori antara yang teratas bagi penggunaan bahasa di internet.
bahasa internet
Pecah kaca pecah gelas, rosak bahasa nak baca pun malas.
Dipetik dari saifulislam.com
Apa pendapat anda? Mungkin anda ada pendapat tambahan atau mungkin juga tidak bersetuju. Maaf, kalau tulisan saya tidak mencapai piawaian gaya penulisan bahasa melayu anda.  Saya budak masih belajar.  Jika anda berminat dengan kempen ini, anda boleh juga meletak lencana kempen sebagai tanda sokongan di blog anda.

Sehingga lain kali,
Coretan MindaKhayal Si
RestNrilekS
Bacaan tambahan:


04 January 2012

2012: Hidup Lebih Sihat Tanpa Toksin

Foot Detox

Selamat Tahun 2012!


Semoga tahun 2012 ini, menjanjikan kehidupan yang lebih baik.  Baik atau tidak baik (tidak baik itu pandangan kita sahaja) hanya Allah yang tentukan.  InsyaALLAH, kita berharaplah kepada yang lebih baik. 

Tiga hari masuk tahun baru kalendar Gregorian ni, Incik RestNrileks diserang demam teruk. Habis satu badan sengal-sengal siap kejap menggigil  sejuk, sekejap ok. Risau juga, entah-entah demam denggi. Tak ke haru dibuatnya. Sebelumnya, tak da pula simptom nak kena demam. Selalunya, sakit tekak dan mata panas kira 'warning' awal la. Kemudian, baru teringat, tengah dalam proses "pulih diri dan buang toksin".

Tahun 2012, baguslah kita tambah azam dengan bersihkan toksin dalaman diri.  Suka tidak suka, akui sahaja, gaya hidup kita sekarang memang tidak lekang dengan toksin. Pergi sana sini ada toksik, tambah  lagi radikal bebasnya (boleh tanya Pok Chik Google apa itu radikal bebas yer), jadi, proses bersih dalaman diri dari toksin mesti dijadikan habit woo. Kalau kereta dan motor bukan main sayang dan jaga servis tukar minyak hitam dan berbagai-bagai, apalah sangat hendak bila dikira balik pelaburan kesihatan diri. Siapa nak sayang kita lagi kalau bukan diri sendiri. Suatu ketika dulu, orang sakit disebabkan virus, tapi kini, banyak orang sakit berpunca dari toksin yang terkumpul di dalam badan. Bagaimana toksin boleh terkumpul di dalam badan.

  1. Dari pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan dan asap kilang, yang menghasilkan toksik (logam-logam berat). Pemprosesan industri  menghasilkan logam berat dan berpusing kembali kepada kitaran rantaian makanan.
  2. Makanan yang diproses dari kilang. Makanan yang dikeluarkan secara komersil (sayur-sayuran dan buah-buahan, ayam), termasuklah makanan sihat dan makanan tidak sihat. Kalau dulu nenek moyang kita guna chili boh buat sendiri, sekarang semua dah disiapkan. Santan dulu perah, sekarang, santan semua sudah dikotakkan sesuai dengan gaya hidup aktif. Tak sempat nak potong bawang merah dan segalanya, 'cukup rasa' ada. Itu sebabnya makanan organik mahal harganya, tapi bagus untuk kesihatan. Orang dulu berhempas pulas nak makan, orang sekarang bergoyang kaki petik jari hendak makan. Hehe.
  3. Ubat-ubatan yang diambil secara berpanjangan. Perasan kalau kita kerap ambil panadol, lama-lama, kena tambah dosnya.
Jadi, macam mana cara nak atasi? Jujur, memang tak boleh hindar sebab kita sekarang ni hidup dalam persekitaran yang terdedah. Yang boleh dibuat cuma sentiasa servis badan kita supaya toksin di dalam badan keluar dan berkurangan. 

  1. Jangan lupa minum banyak air kosong. Minima 8 gelas sehari. Jadikan habit minum segelas sebelum tidur, dan minum segelas air suam sebaik sahaja bangun pagi. Proses ini akan galakkan membuang air besar di waktu pagi. Lagi enam gelas? Mungkin segelas semasa sampai di tempat kerja. Segelas sebelum makan tengahari. Segelas semasa makan tengahari. Segelas dalam jam tiga. Segelas lagi sebelum pulang ke rumah. Dan segelas waktu malam. Lapan gelas lebih kurang bersamaan 2 botol besar 1.5l. Bagaimana kita tahu badan kita cukup air? Senang, air kencing sepatutnya bewarna jernih, melainkan sekiranya kita baru makan ubat atau vitamin. Ginjal anda akan berterima kasih  sekiranya anda minum minima 8 gelas sehari.
  2. Bersenam, bersenam dan bersenam (3 kali sebut ertinya 3 kali diber penekanan Whoaho!!). Toksin akan dikumuhkan melalui peluh. Kebayakkan orang yang rajin bersenam ni, mukanya kurang jerawat, sebab toksin sentiasa dikeluarkan. Jika peluh anda berbau hancing, tandanya badan anda penuh asid. Berjoggin atau berjalan dengan laju akan menggalakkan sistem pembuangan anda. Incik RestNrilekS selalu memulas perut selepas berlari beberapa kilometer. Rasanya toksin yang terlekat diusus perut tu, tertanggal masa berlari tanpa henti kot. 
  3. Detox tea. Teh jenis ini akan menggalakkan proses pembuangan najis. Ada beberapa jenis teh yang ada di pasaran. Ada yang tulis slimming tea (memang la slimming sebab buang toksin yang berkilogram berat, tapi bukan la betul betul slim- itu debat lain). Belum pernah cuba lagi, cuma pernah ambil jenama ashab beberapa tahun dulu. Tak tertelan rasa nak muntah. Kebanyakkan produk detox tea, akan membuang kotoron yang terdapat di dalam usus dan kolon. Detox yang berkesan sepatutnya membuang lapisan kerak di dalam usus (macam longkang yang dah berkerak, bukan bersihkan sahaja laluan, tapi kikiskan sekali kerak di dalam usus dan kolon), yang merupakan punca utama kepada banyak penyakit. Kerak toksin ini yang perlu dibuang sebab menghalang penyerapan khasiat makanan, dan longgokkan kerak yang bertambah boleh membawa kepada tumor dan akhirnya kanser. Detox tea ni kurang sedikit  efektif tetapi tetap tetap berkesan.
  4. Foot detox patch dan ionik mandian kaki. Dua kaedah ini akan membuang toksin dari tapak kaki. Belum pernah menggunakan mandian kaki ionik, tapi food detox patch kerap diguna pakai. Mesin ionic foot batch dalam ratusan ringgit, manakala foot detox patch pula boleh dibeli dengan harga serendah 50 sen. Foot detox ni akan membuang toksin di dalam badan yang dikeluarkan melalui liang liang titik akupuntur tapak kaki. Bahan toksin yang terkeluar termasuklah parasit, logam berat , bahan metabolisme, bahan kimia dan lain lain. Selalunya, pengguna digalakkan memakai berterusan sehingga lah pad itu jernih warnanya. Ada yang pakai empat hari dan ada yang berterusan tujuh hari baru okay. Dulu pakai sekali warna bertukar cokelat dan ambil empat hari baru pad kekal jernih. Yang terbaru pakai untuk tiga hari ini, masih kelihatan hitam lagi, tanda badan banyak toksin dan toksik.
  5. Melilea dan phyto fiber. Dua produk permbersihan usus dan kolon yang agak terkenal di Malaysia. Melilea berharga ratusan bagi satu tin, manakala phtyo fiber berharga rm90 untuk 15 paket. Kedua-dua produk ini adalah produk organik yang membersihkan usus anda dengan membuang kerak bertoksin. Testimoni melilea ada yang menunjukkan najis gelap berbiji biji bermeter panjangnya. Incik RestNrilekS amalkan foot detox patch dan juga phyto fiber. Pengambilan dua paket phyto fiber sehari, tanpa kaedah puasa buang toksin, akan menyebabkan anda membuang najis yang gelap bewarna hitam dan agak berminyak. Selalunya, najis yang pertama adalah najis hasil makanan sedia ada manakala najis yang seterusnya adalah buangan kerak yang telah lama melekat di usus anda.Itu sebabnya, kena makan berterusan untuk beberapa hari. Pengguna digalakkan mengambil minima dua paket sehari sebagai permulaan dengan banyak minum air kosong.
Najis Toksin Melilea
Phyto Fiber
Jadi, tahun 2012 ini kita jagalah diri kita. Tak guna pakai produk kecantikan, mencuci muka dengan produk jenama hebat sekiranya dalaman kita penuh dengan toksin. Bersihkan toksin dalaman, percayalah, nanti secara langsung memang boleh nampak di muka, tak payah pakai jampi serampah atau mak andam, seri muka tu tetap akan naik. Hehe.

Jumpa lain kali.
RestNrilekS
I blog with Blogsy