Salam semua :)
Sebelum ni, post kami ke Kg. Melayu Ampang, Selangor untuk aktiviti demonstrasi anyaman kraf rotan. Post kali ini pula, kami nak berkongsi aktiviti kami dua hari di kelas interaktif kraf rotan di elc International School, Sungai Buloh. Kelas interaktif ni, tak adalah makan masa yang lama, sejam pun da cukup. Coz sekolah ni, betul-betul sharp time. Mula jam 2.30 petang jam 3.30 petang dah stop. Sempat tak sempat bukan jadi masalah bagi adik-adik kita ni.
Kelas terbahagi kepada dua group iaitu primary school ( sekolah rendah ) dan secondary school ( sekolah menengah ). Hari pertama, kami mengajar group secondary school yang terdiri daripada 30 orang pelajar iaitu berumur 14 tahun. Oleh kerana terlalu ramai, dua kelas dibahagi sama rata diikuti dengan dua orang tenaga pengajar di dalam satu kelas. Jay dengan Jep mengambil alih satu kelas dan diikuti Eima dan Am lagi satu kelas. Kelas interaktif ni, kami ajar adik-adik ni membuat rama-rama dari rotan dan bunga kulit rotan.
Berikut kami kongsikan gambar-gambar kami semasa kelas dijalankan. :)
Jay dan Jef tengah explain pada adik-adik. |
Faham ke tak faham adik-adik ni, Abg Jay speaking BM ( Bahasa Melayu ). Hehehe :)
Tak faham pun buat-buat faham aje. Abg. Jay dan Abg. Jef boleh ajar buat, nak speaking takut lidah tergeliat. Hahaha.
Kelas membuat bunga. |
"Girlz..make sure u steady hold a rattan". Cewah.
Kelas sebelah lagi, semuanya girls. Am dan Eima yang handle kelas ni. Rasa seakan tak cukup tangan nak mengajar. Nak speaking BI ( Bahasa Inggeris ) pun slow. Tapi, bolehlah 'shikit-shikit'. Hehehe.
Membuat rama-rama rotan. |
Selesai buat bunga, belajar buat rama-rama rotan pula. Teknik nak buat rama-rama ni, adalah basic pertama untuk mempelajari teknik anyaman rotan. Nampak aje susah tapi, bila dah selalu buat cepatlah faham dan mudah nak membuatnya.
Sekejap aje sejam berlalu, kelas interaktif kami dah selesai. So, time untuk balik ke IKN semula. Tapi sebelum tu, ramah mesra dengan cikgu di situ dan ucapan terima kasih kerana lagi sekali memanggil kami untuk sesi ni. Hope, cikgu di elc tak jemu untuk memanggil kami dan kami di Mindakhayal sedia membantu dan berkongsi pengalaman.
Sekian dulu dari kami :)
Nantikan post yang lebih menarik dari kami !@_@!
No comments:
Post a Comment