16 May 2011

Salam hari guru

Salam semua buat pembaca mindakhayal :B

Bersua lagi setelah sekian lama tak update blog ni. Terasa janggal pula nak menaip. Hahaha. Maaf buat semua pembaca mindakhayal, masa telah mencemburui kami.  Tapi tak apa, tarikh 16 Mei ni, tetiba memberi semangat untuk terus menerus updatekan blog ni. Hehehe. Terutama buat pembaca yang setia menanti cerita-cerita untuk dikongsi bersama di mindakhayal. Terima kasih  buat u olls ye. 

Logo hari guru


Serba sedikit berkonsi mengenai logo hari guru.
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Pertama sekali, untuk kali ni, kami nak kongsi sedikit info sempena hari guru sedunia. So, kenapa hari guru ni disambut pada 16 Mei?. Sesetengah mesti ada yang dah tahu, pada yang tak tahu lagi jom kita kongsi bersama. 


Kalau mengikut fakta sejarah pendidikan negara, tarikh 16 Mei ni, dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran ( Report of the Education Committee ) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak ( Razak Report ) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Aha, ni la sejarah kenapa hari guru disambut tiap-tiap tahun pada 16 Mei.

Kalau tak ada persoalan pasti tak kan ada jawapan. So, di sini kami di mindakhayal ingin jua mengucapkan salam hari guru buat semua guru-guru di serata dunia, guru-guru kami exspecially Mr. Restnrileks dengan ucapan ikhlas, jasa kalian semua tidak kami lupa dan akan kami gunakan buat bekalan harian untuk kami meneruskan generasi guru kepada insan yang memerlukan. 

Terima kasih dari kami yang tidak terhingga.

Jadi, jadikanlah hari guru sebagai hari untuk kita ingat jasa ilmu dari guru kita sekalian.

Teruskan bersama kami di mindakhayal. Selamat membaca :)