28 March 2011

Aktiviti hujung minggu mindakhayal

Assalamualaikum dan salam satu malaysia....
Haii korunkk..( bahasa pasar @ rojak ) Hihihi.
Ok, untuk post kali ini, kami nak kongsikan aktiviti hujung minggu kami, iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya Sukan Rakyat yang diadakan pada hari sabtu 19 mac 2011, bertempat di kampung Melayu Ampang Selangor. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor ( JKKNS ) yang rasmikan oleh Yb. Dato ' seri Utama Dr. Rais Bin Yatim iaitu menteri di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK ). Maafla lewat post cerita ni, sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan.

Untuk pengetahuan kalian,


Program ini turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ), FINAS, Jabatan Bomba, Stesen Radio Selangor FM dan banyak lagi. Yang lebih menarik, macam-macam aktiviti yang berlangsung, seperti pertandingan sukan rakyat, seni tari, karaoke, demonstrasi kraf seramik, rotan dan banyak lagi. Turut dihiburkan lagi dengan persembahan dari artis-artis jemputan. Kami mindakhayal ( Jay dan Jef ) bersama seorang lagi staf jurusan rotan ( En. Shaiful Fadly ), turut sama-sama menjayakan program ini, iaitu membuat demonstrasi kraf anyaman rotan.

Aktiviti demonstrasi anyaman rotan daripada kami mindakhayal

Kebanyakan pengunjung yang berkunjung ke tapak demontrasi kraf rotan, semua berminat nak belajar. Tapi,     “ maaf ye cik, kami juz buat demo je ni.”  Hehe, itulah jawapan yang asyik diberikan bila ada pengunjung yang ingin mencuba. Bukan apa, bahan mentah tidak mencukupi jika ada pengunjung yang ingin mencuba. Lagipun melalui infomasi yang kami terima adalah mengadakan aktiviti demontrasi sahaja bukanlah interaktif kraf. Tapi, memang respect kepada pengunjung yang hadir berminat mendekati bidang kraf ni. Semangat macam tulah yang kita nak.
Pewittt..Untuk aktiviti santai.

Bagi aktiviti santai, kami di mindakhayal ( Jay ) tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan karaoke      di bawah anjuran sebuah stesyen radio iaitu Selangor FM. Huhuhu. Macam tak sangka pula, suara Jay ni boleh memenangi tempat ke-3. Apapun tahniah.

Kembali ke tajuk asal, tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memupuk semangat muafakat antara penduduk kampung dan pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Bersesuaian dengan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia. Kepada yang tak tahu, sedikit info tentang gagasan 1 Malaysia. Satu Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. sumber : Risalah Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ).


 Seterusnya, kami ingin berkongsi antara aktivti-aktiviti yang ada semasa program dijalankan :)


Demonstrasi bagi kraf seramik 


Promosi buku.


Bahagian Unit Akademik Institut Kraf Negara juga tidak melepaskan peluang untuk membuat promosi buku iaitu " Motif dan Teknik ". Terdapat 7 unit buku yang dipamerkan. ( keterangan lanjut sila ke portal laman web Institut Kraf Negara ).


Untuk keseluruhannya, kalau dilihat pada gambar-gambar diatas, program ini amat meriah dan memupuk semangat muafakat antara masyarakat. Terutama sekali pada belia-belia, dan anak-anak sekolah. Bukan senang anak-anak muda nak mendekati dan meminati dalam bidang kraf ni.
Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sekian dulu dari kami :)
Nantikan post-post yang melayan minda ANDA...

cHAU, Chin, cHiii.... ;-b

19 March 2011

Kerja design kerja kami

Salam sua kembali:)

Hohoho. Da siap lakaran awal kenala post pada Mr. RestnRileks ( bos kami ) dulu. Kebanyakkan, semua lakaran perlu diubah. Di saat kalian membaca post ini, mungkin kami sedang bertungkus lumus menyiapkan lakaran kedua ni. Bukan wat apa pun, ‘juz touch up’ lakaran aje. Hehehe. Kerja kami cam ni la, bila tak ada rasa kepuasan hati dalam kerja, mesti nak kan yang terbaik di mata Mr. RestnRileks. Nak wat macam mana, idea kekadang datang ‘last minute’. ( tak faham betui ). Hihihi. Lagi satu, kami buat lakaran bukan kepada produk kreatif tapi kepada produk rekaan.
Kembali ke tajuk asal tadi, post ni, untuk tunjuk perubahan lakaran awal kepada lakaran kedua. Memang tak banyak perubahan cuma, pada satu dua lakaran aje yang diubah.


Ni  lakaran kedua Am ;
Apa yang tak kena pada lakaran lampu Am ni, cuma kombinasi warna pada lampu. So, lakaran ni da pun diluluskan oleh Mr. RestnRileks,.
Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran lampu.


Kalau dilihat semula lakaran awal Jay memang tidak banyak berubah dengan lakaran kedua ni. Coz, lakaran awal adalah untuk mendapatkan reka bentuk lampu Jay. Warna pula, Jay gunakan warna monogromatik ( hijau ).

Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran.


Ini pula lakaran kedua Jef ;
Fuhhh ( Jef ngeluh ).
Lakaran awal lebih kepada rekaan 'structure'. Tu yang Jef ngeluh tu. Hihihi. Apa pun keluhan, hasilnya, rekaan produk senang dibuat. Kata RnD ( ayat tak leh gi ). Hahaha.

Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran


Lakaran ni, lakaran kedua Eima. Sketches awal tak kena lak, so, kenala buat lain.

Campuran ( pensel, pen, pensel warna ) lakaran pada moleskine eima.

Apa terjadi pada lakaran kedua kami ni, da boleh start buat produk ke?
Kalau nak tahu, kenala terus menerus ke laman blog kami ni.:)  

10 March 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Salam buat semua :) 

Kalau rujuk pada arkib blog, post ni patutnya diaktifkan pada 8 Mac 2011 ( tarikh post utama blog kami wujud ). Tapi, disebabkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, post ni tertangguh sampai ke hari ni. Kami mohon maaf dengan apa yang berlaku. Apa pun kami akan lakukan yang terbaik untuk semua pembaca. 

Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Kepada yang tak tahu info ni, untuk pengetahuan kalian, Hari Kraf Kebangsaan diadakan pada setiap tahun dipenghujung bulan Feb dan diakhiri pada awal bulan Mac ( tertakluk pada takwim kraftangan ).  Kepada kengkawan yang tak berkesempatan untuk kali ni, jangan lepaskan peluang untuk tahun akan datang. Sememangnya ada banyak yang menarik dipaparkan antaranya:
  • Pameran 
  • Jualan barangan 
  • Demostrasi kraf dan masakan ( kuih tradisional, lemang dan dodol )
  • Kelas interaktif 
Dan macam-macam lagi.
Kalau yang tak tahu tempat, sila gunakan GPS. Hahaha. 


Di sini ada beberapa gambar untuk dijadikan cerita kepada kalian.

beg tangan
Antara produk yang diperhati. 
( Meriah ) Ni la suasana di Kompleks Kraf.

Beginila suasana “first day” . Waktu ni, pengusaha sedang sibuk mengemas barang masuk kemudian display di gerai masing-masing untuk dipasarkan.


Macam-macam jualan yang ada, antaranya : Batik, tenun, logam, kertas, rempah ratus, daun getah dan lain-lain. Di bawah ada beberapa gambar barang jualan yang menarik perhatian kami. Moga kalian sukakan hasil kraftangan dari usahawan yang pelbagai negeri.
Produk kayu larik
P/s : Suka tengok mangkuk larik kayu hasil dari usahawan Permata Ilham Larik, Johor Bahru:) 

Ukiran halus teknik Larik
Hiasan dari anyaman kraf rotan.

P/s : Anyaman bola rotan hasil kerja tangan pengusaha dari Melaka yang merupakan salah seorang bekas pelajar di Institut Kraf Negara.

Kumpulan Balle-balle

Sebut aje kumpulan Balle-balle, segelintir pasti ada  yang penah dengar. Termasuk jugala kami. Hehehe. Kalau kalian nak tahu, kumpulan ni sangat popular dengan kasut terompahnya, alat muziknya, cara “dress up" dan bertopi ( macam nak ke sawah kan? )

Oppss…..!! ( sambil tutup mulut )
Demonstrasi anyaman kraf mengkuang

Owhkay. Dah merayau dari satu khemah ke satu khemah, kami tertarik pada produk kraf dari mengkuang ni. Kepada kalian yang tak tahu kraf mengkuang ni, boleh la ke laman “uncle googles “. Hahaha. Rasa menarik aje. Anyaman ni baru dikomersialkan bagi kraf tahun ni. Sebenarnya, anyaman ni diwarisi kaum wanita Melaka dengan menggunakan mengkuang untuk anyaman rombong.

Apa pula rombong tu..??
Serba sikit, rombong dihasilkan dari mengkuang, membentuk produk yang pelbagai dan mengandungi motif berkaitan alam sekitar dan manusia. Ia dibuat dari kemahiran tangan dan ilham daun mengkuang yang dianyam dengan teknik “anyaman gila”, untuk dijadikan produk berbentuk bujur, bulat, segi empat dan segi tiga. 

Interaktif anyaman rotan

Hohoho. Untuk post kali ni, kami nak kongsikan kelas interaktif anyaman rama-rama rotan. Pasti ada ramai yang tahu tapi, ada juga yang tak tahu kan. Ramai juga yang lalu-lalang ingin mencuba. Apatah lagi adik-adik sekolah kami ni, seronok dan semangat nak cuba membuatnya.
p/s : Adik-adik, nanti dah abih sekolah, belajar kraf pula yea. Moga-moga adik ni menjadi pewaris anyaman akan datang.

Gerai MyHani

Siapa MyHani ni??

MyHani ni, suka pada rotan, suka menganyam, suka reka dan suka cipta kraf rotan. Ni la serba sikit tentang MyHani. So, nama gelaran MyHani  di ambil dari nama panggilan Ani ( usahawan muda ni ).
Bengkel yang terletak di Puchong, Selangor, tidak jauh dari kilang proses rotan, mudah bagi Ani mendapat bahan mentah. Hasil kraf moden dan kotemporari, MyHani dapat memukau pandangan warga asing yang lalu lalang. Selain popular dengan beg, MyHani nak meluaskan lagi kemahiran yang ada pada dirinya.


Rasanya cukupla setakat ni dulu. Apa pun terima kasih kerana menyokong industri kraf. Tanpa sokongan anda produk kraf takkan maju ke hadapan.

p/s : Nantikan yang menarik lagi dari kami.

Bosan-bosan buat lampu

Salam semua:)

Huhuhu. Akhirnya gian nak tulis dalam blog ni terubat gak. Untuk post ni, rasanya nak kongsi serba sikit pengalaman. Pengalaman bagaimana terhasilnya sebuah lampu meja rotan yang bermula dari proses awal. Kalau duduk-duduk saje pun idea boleh datang. Betul ke??
Mybe sesetengah aje kot, sebab naluri manusia ni lain-lain. Tapi bagi kami, semua sama cuma, skill pula yang lain. 

Nak hasilkan sebuah produk dari proses awal, mestilah kena tau sumber idea datang dari mana. Bukan sekadar suka lukis, suka cipta dan suka buat.


Ini adalah lakaran awal produk lampu meja kami.


Hasil lakaran awal Am.

Perkembangan lakaran idea ( pensel warna, pen, promarker ) pada moleskine. 

Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran awal Jay.


Campuran ( pensel, pen,pensel warna ) pada lakaran awal lampu rotan Jep. 
Campuran media ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran awal Eima.

Nak tahu apa akan jadi selepas lakaran awal lampu ni, kenala terus bersama laman blog kami:)