11 November 2011

Raya One Utama

Salam semua..
Fuyoo, rasanya dah enam bulan kami di Mindakhayal tak kemaskini blog ni hahaha. Betapa sibuknya, sehingga tak ada kelapangan masa untuk jari- jemari menaip abjad di papan kekunci ini. Bak kata Mr RestnRileks, blog yang dah terkubur. o.O (erk!!). Alhamdulillah, bos masih lagi memberi kepercayaan pada kami untuk kami kongsikan entri yang terbaru ni. Tak adalah baru sangat tapi 2-3 bulan yang lepas juga la. Huhu. Terima kasih kepada Mr RestnRileks.

Kali ni, kami nak kongsikan pengalaman bersama MyHani Enterprise ( usahawan rotan dan buluh, Selangor ) yang turut serta menjalankan aktiviti promosi sempena kraf Aidilfitri 2011 yang bertempat di One Utama, Damansara. Promosi bermula 12 Ogos sehingga 4 September 2011.


Jadi, nak dipendekkan cerita, kalau dah promosi kenalah buat persediaan bagi produk-produk  yang nak dijual atau dipamerkan. Sehari sebelumnya, produk-produk mesti dimasukkan ke tempat yang disediakan. Kami, di Mindakhayal juga tidak lepaskan peluang turut serta untuk menyiapkan kerja-kerja menyelenggara produk yang ingin dipamerkan. Sambutan kali ini, Alhamdulillah tidak seperti yang dijangkakan. Walaupun menjelangnya hari raya ramai yang sibuk dengan persiapan raya namun, sambutan kali ini memang tidak mematahkan semangat kami.

Jadi inilah hasilnya. Jom, kita tengok apa yang sempat kami rakam sepanjang promosi dijalankan..

Ruang produk siap dipamer. Dua orang pembantu Myhani. Sempat lagi posing.


 Produk  rotan yang dipelbagai dari kami dan MyHani.


Produk seperti rotan, mengkuang, buluh yang dilonggokkan. Huhuhu.
 

Siapa kata buat promosi waktu raya tak ada siapa nak datang tengok atau beli. Of coz la ada. Lagi ramai yang berkunjung ada la. Terutamanya pelancong asing, tak lupa juga yang tak dapat balik beraya di kampung halaman. Lagi pun lokasi jualan ni, betul-betul tak putus dengan kunjungan masyarakat. Memang la. Hihihi. 
Gambar pengunjung yang sempat disnap.

Jika ada yang ingin mencuba bakat terpendam dalam anyaman bakul rotan, kami turut membantu dan berkongsi tunjuk ajar di dalam bidang anyaman, tidak kira dewasa atau kanak-kanak.

 Si cilik yang tidak lepaskan peluang untuk mencuba. 

Kalau tengok pada gambar yang diambil, memang nampak suasananya best. Terutama pelancong yang berkunjung ke MyHani. Itu tandanya mencintai barangan kraf yang ada di Malaysia.  
Okaylah, untuk kali ini, cukupla dulu. InsyaAllah, kami akan kongsikan dengan entri yang lebih menarik lagi. Selamat maju jaya. 

Teruskan menyokong kami di Mindakhayal. :) 






16 May 2011

Salam hari guru

Salam semua buat pembaca mindakhayal :B

Bersua lagi setelah sekian lama tak update blog ni. Terasa janggal pula nak menaip. Hahaha. Maaf buat semua pembaca mindakhayal, masa telah mencemburui kami.  Tapi tak apa, tarikh 16 Mei ni, tetiba memberi semangat untuk terus menerus updatekan blog ni. Hehehe. Terutama buat pembaca yang setia menanti cerita-cerita untuk dikongsi bersama di mindakhayal. Terima kasih  buat u olls ye. 

Logo hari guru


Serba sedikit berkonsi mengenai logo hari guru.
Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.

Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Pertama sekali, untuk kali ni, kami nak kongsi sedikit info sempena hari guru sedunia. So, kenapa hari guru ni disambut pada 16 Mei?. Sesetengah mesti ada yang dah tahu, pada yang tak tahu lagi jom kita kongsi bersama. 


Kalau mengikut fakta sejarah pendidikan negara, tarikh 16 Mei ni, dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama tahun 1956, Majlis Undang-undang Persekutuan Tanah Melayu ( Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran ( Report of the Education Committee ) sebagai Dasar Pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak ( Razak Report ) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. Aha, ni la sejarah kenapa hari guru disambut tiap-tiap tahun pada 16 Mei.

Kalau tak ada persoalan pasti tak kan ada jawapan. So, di sini kami di mindakhayal ingin jua mengucapkan salam hari guru buat semua guru-guru di serata dunia, guru-guru kami exspecially Mr. Restnrileks dengan ucapan ikhlas, jasa kalian semua tidak kami lupa dan akan kami gunakan buat bekalan harian untuk kami meneruskan generasi guru kepada insan yang memerlukan. 

Terima kasih dari kami yang tidak terhingga.

Jadi, jadikanlah hari guru sebagai hari untuk kita ingat jasa ilmu dari guru kita sekalian.

Teruskan bersama kami di mindakhayal. Selamat membaca :)



21 April 2011

Jom lipat kain

Salam semua pembaca mindakhayal :)

Seni lipat kain
Hohoho. Dah lama tak update blog ni. Ini adalah post santai tapi bunyi macam best, padahal lipat kain aje kan. Hahaha. Tapi, ni la rutin harian kita kalau direnungkan sejenak. Kalau kita perasan, macam-macam seni lipat kain dalam Uncle google dan geng-geng blogger kita. Ada juga kalau yang dah malas nak lipat, longgok aje dalam bakul dan atas katil. Hehehe. Almaklumlah kekadang kita busy dan takde masa nak melipat dengan tersusun. Bila dah lipat pula, takde masa nak susun atur pula. Kan best kalau ada mesin yang boleh buat semua tu. Hahaha.


Gambar ; Hanya suka-suka
So, gambar-gambar di atas hanya suka-suka, juz nak tunjukkan yang seni lipat kain ni, ada pelbagai teknik. Ada yang lipat serupa tak macam lipat. Lain tangan lain caranya.


Huhuhu. Untuk mengatasi masalah, ada juga baiknya digantung aje, sebab bila dah lipat, nak ambil, dah jadi satu hal pula. So, tak payah pening kepala kan. Sangkut pada harger dan gantung aje. Hahaha.


Buat seketika ni, mampu la nak mengatasi masalah tu, tapi bila da lama tengok je la macam mana kan. Hehehe..





09 April 2011

Interaktif kraf rotan - elc International School, Sungai Buloh

Salam semua :)

Sebelum ni, post kami ke Kg. Melayu Ampang, Selangor untuk aktiviti demonstrasi anyaman kraf rotan. Post kali ini pula, kami nak berkongsi aktiviti kami dua hari di kelas interaktif kraf rotan di elc International School, Sungai Buloh. Kelas interaktif ni, tak adalah makan masa yang lama, sejam pun da cukup. Coz sekolah ni, betul-betul sharp time. Mula jam 2.30 petang jam 3.30 petang dah stop. Sempat tak sempat bukan jadi masalah bagi adik-adik kita ni.

Kelas terbahagi kepada dua group iaitu primary school ( sekolah rendah ) dan secondary school ( sekolah menengah ). Hari pertama, kami mengajar group secondary school yang terdiri daripada 30 orang pelajar iaitu berumur 14 tahun. Oleh kerana terlalu ramai, dua kelas dibahagi sama rata diikuti dengan dua orang tenaga pengajar di dalam satu kelas.  Jay dengan Jep mengambil alih satu kelas dan diikuti Eima dan Am lagi satu kelas. Kelas interaktif ni, kami ajar adik-adik ni membuat rama-rama dari rotan dan bunga kulit rotan.
Berikut kami kongsikan gambar-gambar kami semasa kelas dijalankan. :)

Jay dan Jef tengah explain pada adik-adik.
Semuanya boy dalam kelas Jay dan Jef. First, Jay sebagai wakil akan explain peralatan dan bahan yang digunakan untuk membuat rama-rama serta bunga. Sama juga dengan kelas Am dan Eima. 
Faham ke tak faham adik-adik ni, Abg Jay speaking BM ( Bahasa Melayu ). Hehehe :)
Tak faham pun buat-buat faham aje. Abg. Jay dan Abg. Jef boleh ajar buat, nak speaking takut lidah tergeliat. Hahaha.

Kelas membuat bunga.

"Girlz..make sure u steady hold a rattan". Cewah.
Kelas sebelah lagi, semuanya girls. Am dan Eima yang handle kelas ni. Rasa seakan tak cukup tangan nak mengajar. Nak speaking BI ( Bahasa Inggeris ) pun slow. Tapi, bolehlah 'shikit-shikit'. Hehehe. 
 
Membuat rama-rama rotan.

Selesai buat bunga, belajar buat rama-rama rotan pula. Teknik nak buat rama-rama ni, adalah basic pertama untuk mempelajari teknik anyaman rotan.  Nampak aje susah tapi, bila dah selalu buat cepatlah faham dan mudah nak membuatnya.

Seni bulatan.

Macam nak main "nenek-nenek si bongkok tiga" lak. Hahaha.                                                        
Hari kedua, mengajar adik-adik primary  school ( sekolah rendah ) iaitu seramai 33 orang pelajar. Mereka ni berumur 9 tahun. Cute aje adik-adik ni. Untuk memudahkan pemahaman mereka, kami minta adik-adik ni, berada dalam seni bulatan. Sementara tunggu kami edarkan bahan, riuh rendah dengan gelagat adik-adik ni. Walaupun nakal-nakal mereka ni, tapi stay lagi dengar cakap. Gud girls and boys. Hehehe.
Kami Mindakhayal.

Ni la kami, seronok melayan adik-adik yang baru nak belajar ni. Kami berempat tapi kamera shot nampak tiga aje. Hahaha.
Selesai agih bahan, 4 kelompok mini bulatan akan dipecahkan mengikut pecahan tenaga pengajar. Adik-adik ni akan belajar membuat rama-rama rotan. 
Bagi adik-adik yang sekolah rendah ni, lambat sikit untuk memahami teknik membuat coz, teknik membuat rama-rama memerlukan pegangan tangan yang kuat semasa membuat. Next time, kami akan ajar yang mudah faham dan cepat untuk kefahaman adik-adik ni.
Say rama-rama rotan. Hehehe

Posing sakan adik-adik ni bila dah siap rama-rama rotan. Kalau tak, tak duduk diam selagi rama-rama tak siap buat. Mana yang cepat belajar, cepatlah siap rama-rama. Apapun       adik-adik di elc International School, u olz memang best dan enjoy. Hope, kita akan bersua lagi untuk sesi pengajaran yang lain pula.
Sekejap aje sejam berlalu, kelas interaktif kami dah selesai. So, time untuk balik ke IKN semula. Tapi sebelum tu, ramah mesra dengan cikgu di situ dan ucapan terima kasih kerana lagi sekali memanggil kami untuk sesi ni. Hope, cikgu di elc tak jemu untuk memanggil kami dan kami di Mindakhayal sedia membantu dan berkongsi pengalaman.

Sekian dulu dari kami :) 
Nantikan post yang lebih menarik dari kami !@_@!







28 March 2011

Aktiviti hujung minggu mindakhayal

Assalamualaikum dan salam satu malaysia....
Haii korunkk..( bahasa pasar @ rojak ) Hihihi.
Ok, untuk post kali ini, kami nak kongsikan aktiviti hujung minggu kami, iaitu Program Merakyatkan Seni Budaya Sukan Rakyat yang diadakan pada hari sabtu 19 mac 2011, bertempat di kampung Melayu Ampang Selangor. Program ini merupakan anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Selangor ( JKKNS ) yang rasmikan oleh Yb. Dato ' seri Utama Dr. Rais Bin Yatim iaitu menteri di Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ( KPKK ). Maafla lewat post cerita ni, sebab ada masalah yang tak dapat dielakkan.

Untuk pengetahuan kalian,


Program ini turut disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta, seperti Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ), FINAS, Jabatan Bomba, Stesen Radio Selangor FM dan banyak lagi. Yang lebih menarik, macam-macam aktiviti yang berlangsung, seperti pertandingan sukan rakyat, seni tari, karaoke, demonstrasi kraf seramik, rotan dan banyak lagi. Turut dihiburkan lagi dengan persembahan dari artis-artis jemputan. Kami mindakhayal ( Jay dan Jef ) bersama seorang lagi staf jurusan rotan ( En. Shaiful Fadly ), turut sama-sama menjayakan program ini, iaitu membuat demonstrasi kraf anyaman rotan.

Aktiviti demonstrasi anyaman rotan daripada kami mindakhayal

Kebanyakan pengunjung yang berkunjung ke tapak demontrasi kraf rotan, semua berminat nak belajar. Tapi,     “ maaf ye cik, kami juz buat demo je ni.”  Hehe, itulah jawapan yang asyik diberikan bila ada pengunjung yang ingin mencuba. Bukan apa, bahan mentah tidak mencukupi jika ada pengunjung yang ingin mencuba. Lagipun melalui infomasi yang kami terima adalah mengadakan aktiviti demontrasi sahaja bukanlah interaktif kraf. Tapi, memang respect kepada pengunjung yang hadir berminat mendekati bidang kraf ni. Semangat macam tulah yang kita nak.
Pewittt..Untuk aktiviti santai.

Bagi aktiviti santai, kami di mindakhayal ( Jay ) tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan karaoke      di bawah anjuran sebuah stesyen radio iaitu Selangor FM. Huhuhu. Macam tak sangka pula, suara Jay ni boleh memenangi tempat ke-3. Apapun tahniah.

Kembali ke tajuk asal, tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk memupuk semangat muafakat antara penduduk kampung dan pelbagai kaum yang ada di Malaysia. Bersesuaian dengan gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, perdana menteri Malaysia. Kepada yang tak tahu, sedikit info tentang gagasan 1 Malaysia. Satu Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. sumber : Risalah Jabatan Hal Ehwal Khas ( JASA ).


 Seterusnya, kami ingin berkongsi antara aktivti-aktiviti yang ada semasa program dijalankan :)


Demonstrasi bagi kraf seramik 


Promosi buku.


Bahagian Unit Akademik Institut Kraf Negara juga tidak melepaskan peluang untuk membuat promosi buku iaitu " Motif dan Teknik ". Terdapat 7 unit buku yang dipamerkan. ( keterangan lanjut sila ke portal laman web Institut Kraf Negara ).


Untuk keseluruhannya, kalau dilihat pada gambar-gambar diatas, program ini amat meriah dan memupuk semangat muafakat antara masyarakat. Terutama sekali pada belia-belia, dan anak-anak sekolah. Bukan senang anak-anak muda nak mendekati dan meminati dalam bidang kraf ni.
Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat yang berbilang kaum. Diharapkan program ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Sekian dulu dari kami :)
Nantikan post-post yang melayan minda ANDA...

cHAU, Chin, cHiii.... ;-b

19 March 2011

Kerja design kerja kami

Salam sua kembali:)

Hohoho. Da siap lakaran awal kenala post pada Mr. RestnRileks ( bos kami ) dulu. Kebanyakkan, semua lakaran perlu diubah. Di saat kalian membaca post ini, mungkin kami sedang bertungkus lumus menyiapkan lakaran kedua ni. Bukan wat apa pun, ‘juz touch up’ lakaran aje. Hehehe. Kerja kami cam ni la, bila tak ada rasa kepuasan hati dalam kerja, mesti nak kan yang terbaik di mata Mr. RestnRileks. Nak wat macam mana, idea kekadang datang ‘last minute’. ( tak faham betui ). Hihihi. Lagi satu, kami buat lakaran bukan kepada produk kreatif tapi kepada produk rekaan.
Kembali ke tajuk asal tadi, post ni, untuk tunjuk perubahan lakaran awal kepada lakaran kedua. Memang tak banyak perubahan cuma, pada satu dua lakaran aje yang diubah.


Ni  lakaran kedua Am ;
Apa yang tak kena pada lakaran lampu Am ni, cuma kombinasi warna pada lampu. So, lakaran ni da pun diluluskan oleh Mr. RestnRileks,.
Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran lampu.


Kalau dilihat semula lakaran awal Jay memang tidak banyak berubah dengan lakaran kedua ni. Coz, lakaran awal adalah untuk mendapatkan reka bentuk lampu Jay. Warna pula, Jay gunakan warna monogromatik ( hijau ).

Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran.


Ini pula lakaran kedua Jef ;
Fuhhh ( Jef ngeluh ).
Lakaran awal lebih kepada rekaan 'structure'. Tu yang Jef ngeluh tu. Hihihi. Apa pun keluhan, hasilnya, rekaan produk senang dibuat. Kata RnD ( ayat tak leh gi ). Hahaha.

Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran


Lakaran ni, lakaran kedua Eima. Sketches awal tak kena lak, so, kenala buat lain.

Campuran ( pensel, pen, pensel warna ) lakaran pada moleskine eima.

Apa terjadi pada lakaran kedua kami ni, da boleh start buat produk ke?
Kalau nak tahu, kenala terus menerus ke laman blog kami ni.:)  

10 March 2011

Hari Kraf Kebangsaan 2011

Salam buat semua :) 

Kalau rujuk pada arkib blog, post ni patutnya diaktifkan pada 8 Mac 2011 ( tarikh post utama blog kami wujud ). Tapi, disebabkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan, post ni tertangguh sampai ke hari ni. Kami mohon maaf dengan apa yang berlaku. Apa pun kami akan lakukan yang terbaik untuk semua pembaca. 

Hari Kraf Kebangsaan 2011 di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Kepada yang tak tahu info ni, untuk pengetahuan kalian, Hari Kraf Kebangsaan diadakan pada setiap tahun dipenghujung bulan Feb dan diakhiri pada awal bulan Mac ( tertakluk pada takwim kraftangan ).  Kepada kengkawan yang tak berkesempatan untuk kali ni, jangan lepaskan peluang untuk tahun akan datang. Sememangnya ada banyak yang menarik dipaparkan antaranya:
  • Pameran 
  • Jualan barangan 
  • Demostrasi kraf dan masakan ( kuih tradisional, lemang dan dodol )
  • Kelas interaktif 
Dan macam-macam lagi.
Kalau yang tak tahu tempat, sila gunakan GPS. Hahaha. 


Di sini ada beberapa gambar untuk dijadikan cerita kepada kalian.

beg tangan
Antara produk yang diperhati. 
( Meriah ) Ni la suasana di Kompleks Kraf.

Beginila suasana “first day” . Waktu ni, pengusaha sedang sibuk mengemas barang masuk kemudian display di gerai masing-masing untuk dipasarkan.


Macam-macam jualan yang ada, antaranya : Batik, tenun, logam, kertas, rempah ratus, daun getah dan lain-lain. Di bawah ada beberapa gambar barang jualan yang menarik perhatian kami. Moga kalian sukakan hasil kraftangan dari usahawan yang pelbagai negeri.
Produk kayu larik
P/s : Suka tengok mangkuk larik kayu hasil dari usahawan Permata Ilham Larik, Johor Bahru:) 

Ukiran halus teknik Larik
Hiasan dari anyaman kraf rotan.

P/s : Anyaman bola rotan hasil kerja tangan pengusaha dari Melaka yang merupakan salah seorang bekas pelajar di Institut Kraf Negara.

Kumpulan Balle-balle

Sebut aje kumpulan Balle-balle, segelintir pasti ada  yang penah dengar. Termasuk jugala kami. Hehehe. Kalau kalian nak tahu, kumpulan ni sangat popular dengan kasut terompahnya, alat muziknya, cara “dress up" dan bertopi ( macam nak ke sawah kan? )

Oppss…..!! ( sambil tutup mulut )
Demonstrasi anyaman kraf mengkuang

Owhkay. Dah merayau dari satu khemah ke satu khemah, kami tertarik pada produk kraf dari mengkuang ni. Kepada kalian yang tak tahu kraf mengkuang ni, boleh la ke laman “uncle googles “. Hahaha. Rasa menarik aje. Anyaman ni baru dikomersialkan bagi kraf tahun ni. Sebenarnya, anyaman ni diwarisi kaum wanita Melaka dengan menggunakan mengkuang untuk anyaman rombong.

Apa pula rombong tu..??
Serba sikit, rombong dihasilkan dari mengkuang, membentuk produk yang pelbagai dan mengandungi motif berkaitan alam sekitar dan manusia. Ia dibuat dari kemahiran tangan dan ilham daun mengkuang yang dianyam dengan teknik “anyaman gila”, untuk dijadikan produk berbentuk bujur, bulat, segi empat dan segi tiga. 

Interaktif anyaman rotan

Hohoho. Untuk post kali ni, kami nak kongsikan kelas interaktif anyaman rama-rama rotan. Pasti ada ramai yang tahu tapi, ada juga yang tak tahu kan. Ramai juga yang lalu-lalang ingin mencuba. Apatah lagi adik-adik sekolah kami ni, seronok dan semangat nak cuba membuatnya.
p/s : Adik-adik, nanti dah abih sekolah, belajar kraf pula yea. Moga-moga adik ni menjadi pewaris anyaman akan datang.

Gerai MyHani

Siapa MyHani ni??

MyHani ni, suka pada rotan, suka menganyam, suka reka dan suka cipta kraf rotan. Ni la serba sikit tentang MyHani. So, nama gelaran MyHani  di ambil dari nama panggilan Ani ( usahawan muda ni ).
Bengkel yang terletak di Puchong, Selangor, tidak jauh dari kilang proses rotan, mudah bagi Ani mendapat bahan mentah. Hasil kraf moden dan kotemporari, MyHani dapat memukau pandangan warga asing yang lalu lalang. Selain popular dengan beg, MyHani nak meluaskan lagi kemahiran yang ada pada dirinya.


Rasanya cukupla setakat ni dulu. Apa pun terima kasih kerana menyokong industri kraf. Tanpa sokongan anda produk kraf takkan maju ke hadapan.

p/s : Nantikan yang menarik lagi dari kami.

Bosan-bosan buat lampu

Salam semua:)

Huhuhu. Akhirnya gian nak tulis dalam blog ni terubat gak. Untuk post ni, rasanya nak kongsi serba sikit pengalaman. Pengalaman bagaimana terhasilnya sebuah lampu meja rotan yang bermula dari proses awal. Kalau duduk-duduk saje pun idea boleh datang. Betul ke??
Mybe sesetengah aje kot, sebab naluri manusia ni lain-lain. Tapi bagi kami, semua sama cuma, skill pula yang lain. 

Nak hasilkan sebuah produk dari proses awal, mestilah kena tau sumber idea datang dari mana. Bukan sekadar suka lukis, suka cipta dan suka buat.


Ini adalah lakaran awal produk lampu meja kami.


Hasil lakaran awal Am.

Perkembangan lakaran idea ( pensel warna, pen, promarker ) pada moleskine. 

Campuran ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran awal Jay.


Campuran ( pensel, pen,pensel warna ) pada lakaran awal lampu rotan Jep. 
Campuran media ( pensel, pen, pensel warna, promarker ) pada lakaran awal Eima.

Nak tahu apa akan jadi selepas lakaran awal lampu ni, kenala terus bersama laman blog kami:)