11 November 2011

Raya One Utama

Salam semua..
Fuyoo, rasanya dah enam bulan kami di Mindakhayal tak kemaskini blog ni hahaha. Betapa sibuknya, sehingga tak ada kelapangan masa untuk jari- jemari menaip abjad di papan kekunci ini. Bak kata Mr RestnRileks, blog yang dah terkubur. o.O (erk!!). Alhamdulillah, bos masih lagi memberi kepercayaan pada kami untuk kami kongsikan entri yang terbaru ni. Tak adalah baru sangat tapi 2-3 bulan yang lepas juga la. Huhu. Terima kasih kepada Mr RestnRileks.

Kali ni, kami nak kongsikan pengalaman bersama MyHani Enterprise ( usahawan rotan dan buluh, Selangor ) yang turut serta menjalankan aktiviti promosi sempena kraf Aidilfitri 2011 yang bertempat di One Utama, Damansara. Promosi bermula 12 Ogos sehingga 4 September 2011.


Jadi, nak dipendekkan cerita, kalau dah promosi kenalah buat persediaan bagi produk-produk  yang nak dijual atau dipamerkan. Sehari sebelumnya, produk-produk mesti dimasukkan ke tempat yang disediakan. Kami, di Mindakhayal juga tidak lepaskan peluang turut serta untuk menyiapkan kerja-kerja menyelenggara produk yang ingin dipamerkan. Sambutan kali ini, Alhamdulillah tidak seperti yang dijangkakan. Walaupun menjelangnya hari raya ramai yang sibuk dengan persiapan raya namun, sambutan kali ini memang tidak mematahkan semangat kami.

Jadi inilah hasilnya. Jom, kita tengok apa yang sempat kami rakam sepanjang promosi dijalankan..

Ruang produk siap dipamer. Dua orang pembantu Myhani. Sempat lagi posing.


 Produk  rotan yang dipelbagai dari kami dan MyHani.


Produk seperti rotan, mengkuang, buluh yang dilonggokkan. Huhuhu.
 

Siapa kata buat promosi waktu raya tak ada siapa nak datang tengok atau beli. Of coz la ada. Lagi ramai yang berkunjung ada la. Terutamanya pelancong asing, tak lupa juga yang tak dapat balik beraya di kampung halaman. Lagi pun lokasi jualan ni, betul-betul tak putus dengan kunjungan masyarakat. Memang la. Hihihi. 
Gambar pengunjung yang sempat disnap.

Jika ada yang ingin mencuba bakat terpendam dalam anyaman bakul rotan, kami turut membantu dan berkongsi tunjuk ajar di dalam bidang anyaman, tidak kira dewasa atau kanak-kanak.

 Si cilik yang tidak lepaskan peluang untuk mencuba. 

Kalau tengok pada gambar yang diambil, memang nampak suasananya best. Terutama pelancong yang berkunjung ke MyHani. Itu tandanya mencintai barangan kraf yang ada di Malaysia.  
Okaylah, untuk kali ini, cukupla dulu. InsyaAllah, kami akan kongsikan dengan entri yang lebih menarik lagi. Selamat maju jaya. 

Teruskan menyokong kami di Mindakhayal. :)