04 January 2012

2012: Hidup Lebih Sihat Tanpa Toksin

Foot Detox

Selamat Tahun 2012!


Semoga tahun 2012 ini, menjanjikan kehidupan yang lebih baik.  Baik atau tidak baik (tidak baik itu pandangan kita sahaja) hanya Allah yang tentukan.  InsyaALLAH, kita berharaplah kepada yang lebih baik. 

Tiga hari masuk tahun baru kalendar Gregorian ni, Incik RestNrileks diserang demam teruk. Habis satu badan sengal-sengal siap kejap menggigil  sejuk, sekejap ok. Risau juga, entah-entah demam denggi. Tak ke haru dibuatnya. Sebelumnya, tak da pula simptom nak kena demam. Selalunya, sakit tekak dan mata panas kira 'warning' awal la. Kemudian, baru teringat, tengah dalam proses "pulih diri dan buang toksin".

Tahun 2012, baguslah kita tambah azam dengan bersihkan toksin dalaman diri.  Suka tidak suka, akui sahaja, gaya hidup kita sekarang memang tidak lekang dengan toksin. Pergi sana sini ada toksik, tambah  lagi radikal bebasnya (boleh tanya Pok Chik Google apa itu radikal bebas yer), jadi, proses bersih dalaman diri dari toksin mesti dijadikan habit woo. Kalau kereta dan motor bukan main sayang dan jaga servis tukar minyak hitam dan berbagai-bagai, apalah sangat hendak bila dikira balik pelaburan kesihatan diri. Siapa nak sayang kita lagi kalau bukan diri sendiri. Suatu ketika dulu, orang sakit disebabkan virus, tapi kini, banyak orang sakit berpunca dari toksin yang terkumpul di dalam badan. Bagaimana toksin boleh terkumpul di dalam badan.

  1. Dari pencemaran alam sekitar. Asap kenderaan dan asap kilang, yang menghasilkan toksik (logam-logam berat). Pemprosesan industri  menghasilkan logam berat dan berpusing kembali kepada kitaran rantaian makanan.
  2. Makanan yang diproses dari kilang. Makanan yang dikeluarkan secara komersil (sayur-sayuran dan buah-buahan, ayam), termasuklah makanan sihat dan makanan tidak sihat. Kalau dulu nenek moyang kita guna chili boh buat sendiri, sekarang semua dah disiapkan. Santan dulu perah, sekarang, santan semua sudah dikotakkan sesuai dengan gaya hidup aktif. Tak sempat nak potong bawang merah dan segalanya, 'cukup rasa' ada. Itu sebabnya makanan organik mahal harganya, tapi bagus untuk kesihatan. Orang dulu berhempas pulas nak makan, orang sekarang bergoyang kaki petik jari hendak makan. Hehe.
  3. Ubat-ubatan yang diambil secara berpanjangan. Perasan kalau kita kerap ambil panadol, lama-lama, kena tambah dosnya.
Jadi, macam mana cara nak atasi? Jujur, memang tak boleh hindar sebab kita sekarang ni hidup dalam persekitaran yang terdedah. Yang boleh dibuat cuma sentiasa servis badan kita supaya toksin di dalam badan keluar dan berkurangan. 

  1. Jangan lupa minum banyak air kosong. Minima 8 gelas sehari. Jadikan habit minum segelas sebelum tidur, dan minum segelas air suam sebaik sahaja bangun pagi. Proses ini akan galakkan membuang air besar di waktu pagi. Lagi enam gelas? Mungkin segelas semasa sampai di tempat kerja. Segelas sebelum makan tengahari. Segelas semasa makan tengahari. Segelas dalam jam tiga. Segelas lagi sebelum pulang ke rumah. Dan segelas waktu malam. Lapan gelas lebih kurang bersamaan 2 botol besar 1.5l. Bagaimana kita tahu badan kita cukup air? Senang, air kencing sepatutnya bewarna jernih, melainkan sekiranya kita baru makan ubat atau vitamin. Ginjal anda akan berterima kasih  sekiranya anda minum minima 8 gelas sehari.
  2. Bersenam, bersenam dan bersenam (3 kali sebut ertinya 3 kali diber penekanan Whoaho!!). Toksin akan dikumuhkan melalui peluh. Kebayakkan orang yang rajin bersenam ni, mukanya kurang jerawat, sebab toksin sentiasa dikeluarkan. Jika peluh anda berbau hancing, tandanya badan anda penuh asid. Berjoggin atau berjalan dengan laju akan menggalakkan sistem pembuangan anda. Incik RestNrilekS selalu memulas perut selepas berlari beberapa kilometer. Rasanya toksin yang terlekat diusus perut tu, tertanggal masa berlari tanpa henti kot. 
  3. Detox tea. Teh jenis ini akan menggalakkan proses pembuangan najis. Ada beberapa jenis teh yang ada di pasaran. Ada yang tulis slimming tea (memang la slimming sebab buang toksin yang berkilogram berat, tapi bukan la betul betul slim- itu debat lain). Belum pernah cuba lagi, cuma pernah ambil jenama ashab beberapa tahun dulu. Tak tertelan rasa nak muntah. Kebanyakkan produk detox tea, akan membuang kotoron yang terdapat di dalam usus dan kolon. Detox yang berkesan sepatutnya membuang lapisan kerak di dalam usus (macam longkang yang dah berkerak, bukan bersihkan sahaja laluan, tapi kikiskan sekali kerak di dalam usus dan kolon), yang merupakan punca utama kepada banyak penyakit. Kerak toksin ini yang perlu dibuang sebab menghalang penyerapan khasiat makanan, dan longgokkan kerak yang bertambah boleh membawa kepada tumor dan akhirnya kanser. Detox tea ni kurang sedikit  efektif tetapi tetap tetap berkesan.
  4. Foot detox patch dan ionik mandian kaki. Dua kaedah ini akan membuang toksin dari tapak kaki. Belum pernah menggunakan mandian kaki ionik, tapi food detox patch kerap diguna pakai. Mesin ionic foot batch dalam ratusan ringgit, manakala foot detox patch pula boleh dibeli dengan harga serendah 50 sen. Foot detox ni akan membuang toksin di dalam badan yang dikeluarkan melalui liang liang titik akupuntur tapak kaki. Bahan toksin yang terkeluar termasuklah parasit, logam berat , bahan metabolisme, bahan kimia dan lain lain. Selalunya, pengguna digalakkan memakai berterusan sehingga lah pad itu jernih warnanya. Ada yang pakai empat hari dan ada yang berterusan tujuh hari baru okay. Dulu pakai sekali warna bertukar cokelat dan ambil empat hari baru pad kekal jernih. Yang terbaru pakai untuk tiga hari ini, masih kelihatan hitam lagi, tanda badan banyak toksin dan toksik.
  5. Melilea dan phyto fiber. Dua produk permbersihan usus dan kolon yang agak terkenal di Malaysia. Melilea berharga ratusan bagi satu tin, manakala phtyo fiber berharga rm90 untuk 15 paket. Kedua-dua produk ini adalah produk organik yang membersihkan usus anda dengan membuang kerak bertoksin. Testimoni melilea ada yang menunjukkan najis gelap berbiji biji bermeter panjangnya. Incik RestNrilekS amalkan foot detox patch dan juga phyto fiber. Pengambilan dua paket phyto fiber sehari, tanpa kaedah puasa buang toksin, akan menyebabkan anda membuang najis yang gelap bewarna hitam dan agak berminyak. Selalunya, najis yang pertama adalah najis hasil makanan sedia ada manakala najis yang seterusnya adalah buangan kerak yang telah lama melekat di usus anda.Itu sebabnya, kena makan berterusan untuk beberapa hari. Pengguna digalakkan mengambil minima dua paket sehari sebagai permulaan dengan banyak minum air kosong.
Najis Toksin Melilea
Phyto Fiber
Jadi, tahun 2012 ini kita jagalah diri kita. Tak guna pakai produk kecantikan, mencuci muka dengan produk jenama hebat sekiranya dalaman kita penuh dengan toksin. Bersihkan toksin dalaman, percayalah, nanti secara langsung memang boleh nampak di muka, tak payah pakai jampi serampah atau mak andam, seri muka tu tetap akan naik. Hehe.

Jumpa lain kali.
RestNrilekS
I blog with Blogsy